Hanisah
Sunday, September 13, 2009 @ Cerpen
Just thought of putting up a malay essay which I created a few months ago. Enjoy.


Tajuk cerpen: Ahmad Qusyairi


Akhirnya hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Aku dan keluargaku akan pulang ke tanah air kami iaitu Singapura. Kami sekeluarga sudah lama berdiam di New Zealand dan sudah sampai harinya untuk kami pulang ke tanah air kami.

Nama aku Alisa. Aku tinggal bersama mama, papa dan abangku. Umurku baru 17 tahun. Kami mempunyai salah sebuah syarikat perniagaan yang terkenal. Kami juga dikenali sebagai salah satu keluarga yang terhormat. Ramai yang mengatakan kami adalah keluarga yang sempurna, atau juga dikenali sebagai ‘the perfect family’ tetapi setelah menetap di Singapura, aku sedar bahawa keluarga kami tidaklah begitu sempurna kerana ada sesuatu yang kami sekeluarga tidak miliki, Semasa aku mula tinggal di Singapura, aku telah mempelajari perlahan demi perlahan perkara yang tidak pernah hadir di dalam keluarga ini.

“Auntie Mon, bunyi apa itu?” tanyaku kepada pembantu rumahku yang sedang menyiram pokok bunga di halaman yang terletak di belakang rumah teresku. Aku sering tinggal di rumah bersendirian bersama pembantu rumahku. Oleh itu aku sering mempunyai hubungan erat bersama mereka.


“Itu adalah bunyi seseorang mengaji. Maksudnya, membaca kitab Al-Quran,” jawab Auntie Mon. “ Kenapa Lis tanya? Lis tidak perna dengar orang mengaji di New Zealand?”

Aku menggelengkan kepala lalu menguntumkan senyuman. Auntie Mon baru sahaja bekerja dengan kami. Beberapa hari yang lepas aku sering terdengar suara seorang jejaka membacakan sesuatu dengan irama yang penuh menenangkan dan ternyata itulah suara seseorang yang sedang membaca kitab Al-Quran. Aku hairan. Aku dibesarkan sebagai insan beragama Islam tetapi tidak satu perkara tentang Islam pun yang pernah diajar oleh mama dan papa. Suara yang terdengar tadi sering didengari dan ia selalu membuat aku tertarik untuk berduduk di halaman tersebut. Keesokan harinya, aku pun bersiar-siar di kawasan perumahanku untuk lebih mengenali kawasan tersebut.

“Asalamua’alaikum,” kedengaran seseorang berkata dari belakang pagar rumah teres bersebelahan dengan rumahku. “ Oh, helo,” kataku. “Awak baru berpindah disini? Saya tidak pernah nampak awak,” tanya jejaka itu, “Oh ya, nama saya Ahmad Qusyairi, awak ini nama siapa?” tanya jejaka itu sekali lagi.

Aku terkejut melihat raut wajah lelaki tersebut dan baik pula budi bahasanya. Wajahnya amat tampan dan juga berseri. Kulitnya kelihatan sawo matang dan sangat bersih. Bajunya seperti remaja-remaja biasa, kemeja-t dan jeans. Dia kelihatan antara satu atau tiga tahun lebih tua dariku. Setelah berkenalan dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba ibunya pun muncul dari belakangnya. Aku sempat berkenalan dengannya juga. Aku sekeluarga pun dijemput untuk makan malam di rumah mereka pada keesokkan harinya.

Alangkah indahnya rumah Ahmad Qusyairi. Ia dihiasi dengan perhiasan antik. Sedang kami sekeluarga dibawa ke kamar makan, aku ternampak sebuah rak buku yang diisi dengan kitab-kitab yang mungkin dikenali sebagai Al-Quran. Ia kelihatan sangat indah. Setelah makan malam kami pun sempat berbual-bual dan berkenalan dengan tetangga baru kami itu. Ahmad Qusyairi mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Nur Amelia dan seorang lagi adik lelaki bernama Ahmad Fadhil. Malam itu diakhiri dengan jamuan makan yang enak. Hari-hari yang berikutnya aku sering terserempak dengan Ahmad Qusyairi dan kedengaran suara mengaji itu tetap berterusan. Pada suatu hari aku ternampak Ahmad Qusyairi memegang sebuah kitab di tangannya dan berbaju Melayu. Aku bertanyakan tujuannya kemana. Katanya, dia hendak ke masjid untuk meneras kitab Al-Quran bersama ayahnya.

“Ahmad Qusyairi, saya baru sahaja pulang dari New Zealand dan saya benar-benar mahu belajar bersolat dan lebih tentang agama Islam, boleh awak tolong saya?” tanyaku. Dia tersenyum lalu berkata, “ Panggil sahaja saya Sya. Hmm… apa kata saya tanya ibu atau adik saya untuk membantu awak? Itu sahaja yang saya boleh bantu memandangkan kita ini bukan muhrim jadi agak susah untuk saya mengajar awak apatah lagi cara-cara solat,” katanya. Aku tersenyum lalu mengangukkan kepala tanda setuju.

Hari-hari pun berlalu. Kini aku lebih memahami tentang agama Islam dan dalam masa yang sama, aku telah berulang-alik ke rumah Sya untuk belajar mengaji. Di situlah aku mengenal pemilik suara pembaca kitab Al-Quran yang sering didengari dari halaman rumahku. Ahmad Qusyairi. Dialah pemilik suara pembaca tersebut. Setiap hari aku belajar mengaji di rumahnya, aku dapat mendengarnya mengaji dari kamarnya. Alangkah merdunya suaranya. Kini, mama, papa dan juga abang pun sudah dibimbing oleh keluarga Ahmad Qusyairi dan juga dengan pertolongan Auntie Mon untuk kembali ke jalan yang benar. Mama dan papa akhirnya memberitahuku bahawa setelah mereka mula menetap di New Zealand 15 tahun yang lalu, mereka terlalu sibuk menguruskan syarikat kami sehinggakan mereka terlupa tanggungjawab mereka sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini.

“Hidup ini hanya sementara, solatlah sebelum disolatkan. Iman kita ibarat sekaki payung. Ia dapat melindungi kita dari segala perkara yang kurang baik,” kata-kata yang diucap Sya masih tetap diingatiku.

Kini aku sedar, perkara yang dulunya tidak pernah hadir dalam keluargaku adalah iman. Iman dapat melindungi kita dari jalan yang sesat, sebaliknya kita akan sentiasa di jalan yang benar. Aku sangat bersyukur kerana sempat berjumpa dengan keluarga Sya. Mereka telah banyak berjasa kepada keluargaku. Pada hari jadiku yang ke-18, Sya telah memberiku sebuah kitab Al-Quran. Aku sangat bahagia menerima Al-Quran yang pertama aku miliki.


“Lis, ini hadiah buat awak. Bacalah,” kata Ahmad Qusyairi.

Labels:

BIOGRAPHY


This is basically where Hanisah blogs stuffs that she find to be intriguing or the stuffs that has happened to her. She loves reading Neil Gaimen's books and watching Yasmin Ahmad's films. Hanisah is also insane over acapella and filipino/filipino american (I know, you don't need to know that). She plays the piano. Watching musicals and plays are her thangzs too.



Hanisah's Tumblr


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

free counters

talk it out




Train Station.

spontaneous applause
.fourth!Romance is the designer.
Inspiration from Exuvalia and mintypeach.